Sabtu, 11 Oktober 2008


MAJLIS HARI RAYA AJK KRS 2008


Alhamdulillah, kelmarin 11 Syawal 1429h / 11 Oktober 2008 (Jumaat), satu majlis ringkas sempena Hari Raya Eidul Fitri untuk AJK KRS telah di adakan di Pejabat & Kedai U`Nik Resource yang baru berhadapan dengan Cabang 3 Kok Lanas ke Selising.Majlis yang bermula pada pukul 3 petang ini di hadiri seramai 17 orang iaitu :

Muslimin : Ust. Nik Mahadi, Ust. Shamsul Anuar(USIM), Sdr. Alhafidz (KIAS), Sdr. Abdullah Sobri (DARUL QURAN), Sdr. Ridha, Sdr. Zulhilmi (KIAS), Sdr. Abd. Aziz & Sdr. Hafizuddin Jaafar (MSML) manakala Nisa` KRS pula ialah : Siti Nur Syuhada Nayai, Siti Murni Ismail (USIM), Siti Zuriah Razi, Wan Nurul Afiqah Razali, Wan Masyitah Shukri (MSMP), Noor Azimah Wan Razali (MMP), Fadhilah Mat Zain, Noor Alina Wan Razali & Wan Nadia Hassan (KIAS).

Seusai menunaikan solat Fardhu Asar, Ust. Nik telah memberi sedikit pengisian berkaitan dengan perkembangan kelab dengan beberapa pesanan atau taujihat daripada beliau.Ust. Nik Mahadi mengimbau kembali asas penubuhan KRS yang berpaksikan 3 tunjang utama iaitu Kecemerlangan didalam akademik, Pembinaan sakhsiah yang terpuji dan bergiat aktif didalam organisasi.Beliau menegaskan bahawa pemimpin yang sebenar adalah para Ulama` kerana merekalah yang menjadi sumber rujukan semua masyarakat baik pimpinan atau rakyat bawahan.Oleh itu, beliau mahu setiap ahli KRS menjadi seorang ulama` yang alim yang menjadi panutan bagi masyarakat setempat.Gunakanlah peluang sebaik mungkin ketika belajar ini untuk mengutip pelbagai mutiara ilmu dan jangan sekali-kali menyia-nyiakan peluang yang diberi oleh Allah S.W.T kepada kita.

Berkenaan dengan organisasi KRS, beliau juga mengingatkan bahawa tonggak pimpinan KRS haruslah terdiri daripada pelajar kerana kebanyakan ahli KRS adalah pelajar dan hanya pelajarlah yang memahami suasana pelajar di samping mahu Siswa / Siswi KRS memberi penumpuan yang khusus terhadap kegiatan mereka di kampus masing-masing.Berdasarkan hal ini, Insya Allah Mesyuarat Perlantikan untuk pimpinan baru KRS sesi 2009/2010 akan di adakan sebelum peperiksaan SPM.

Ust. Shamsul Anuar selaku penasihat 2 juga telah memberi tazkirah pada majlis tersebut dengan menekankan teori JERI didalam kehidupan pelajar dan mahasiswa. JERI yang dimaksudkan oleh beliau ialah J = JASMANI, E = Emosi, R = Rohani & I = Intelektual. Tanpa keseimbangan JERI dalam diri akan menyebabkan pelajar mengalami kegagalan di dalam kehidupan mereka.Beliau juga menasihatkan agar pelajar/mahasiswa KRS menjaga prestasi akademik masing-masing kerana Islam memerlukan tenaga kerja yang didokong oleh ilmu dan kefahaman bukannya tenaga cakap yang dibina melalui semangat yang berkobar-kobar sahaja.Namun malangnya kerana saat ini, Umat Islam hanya banyak tenaga cakap sahaja berbanding dengan tenaga kerja.Konsep ikhlas semasa melakukan kerja-kerja untuk Islam juga dititik berat oleh beliau dengan menyeru agar semua pelajar/mahasiswa Islam mengurangkan tenaga cakap dan menumpukan kepada tenaga kerja yang beramal dengan ikhlas untuk Allah S.W.T. semata-mata.

Beliau juga mengingatkan agar pimpinan KRS meningkatkan tahap penguasaan ilmiah masing-masing kerana sahabat-sahabat pimpinan KRS se"batch" dengan beliau semuanya telah berjaya melanjutkan pengajian mereka di IPT.Generasi pertama KRS iaitu beliau sendiri sebagai pengerusi 1 akan membuat Master setelah mendapat Degree dalam pengkhususan Fiqh Fatawa & Undang-undang di USIM, manakala Syahril juga di USIM dalam Fakulti Sains & Teknologi (FST), Zaim di Melaka dan Aminruddin di Darul Quran, Kuala Lumpur.

Generasi kedua pula tetap berada dibawah pimpinannya dan juga berjaya menghantar sahabat-sahabat pimpinannya ke IPT iaitu Amiruddin Sobri di USIM (Tahmidi Perubatan)dan Jamal di British ? dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.

Pointer di IPT jangan sekali-kali kurang daripada 3.0 kerana ia memberi persepsi yang baik oleh masyarakat kampus semasa berada disana.Apatah lagi kita sebagai pimpinan dan pelajar Islam, maka kita sepatutnya meningkatkan pointer kita sekurang-kurangnya 3.5 keatas.Ini adalah mustahak untuk mesej dakwah yang dibawa oleh kita.Walaupun nilai ilmu itu bukan semuanya terletak pada sijil, namun sijil itu seolah-olah telah menjadi satu keperluan penerimaan masyarakat terhadap seseorang individu.Berdasarkan waqi` inilah, maka amat perlu pimpinan KRS meningkatkan pendidikan masing-masing ke peringkat tertinggi paling-paling kurang pun, hingga ke P.H.D. sebagaimana yang dinasihatkan oleh Us. Zulkifli Bakri (Pensyarah USIM) kepada beliau.

Manakala Sdr. Alhafidz selaku Pengerusi KRS 2008 dan majlis pada petang itu memohon berbanyak kemaafan daripada AJK kerana cuai dan lalai semasa menjalankan tugas yang diamanah oleh beliau walaupun banyak perancangan yang telah diaturkan untuk tahun ini.Kad Keahlian KRS dan Sijil untuk Program Perkhemahan Beliawanis 2008 Insya Allah akan diberikan selewat-lewatnya sebelum cuti sekolah bermula.

Oleh kerana tiada pertanyaan atau pandangan dari AJK lain, majlis perbincangan telah ditamatkan pada jam 05.30 petang dengan kaffaratul Majlis dan Surah Al-Asr.Semua Ajk dipersilakan untuk menikmati sedikit jamuan Hari Raya (Mihun & Sate) sebelum bersurai kerumah masing-masing.

Sekadar ini sahaja untuk kali ini dan ucapan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN, kami lafazkan untuk semua pengunjung yang datang berziarah ke blog ini. Wassalam.
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template