Jumaat, 4 April 2008

Perkhemahan Belia Amal

Kok Lanas, Kelantan 04/04/08 - Satu perkhemahan untuk ahli Kelab Remaja Sohabah dan ahli Unit Amal di Kawasan Ketereh akan di adakan pada 11 & 12 April 2008 bertempat di Tapak Perkhemahan Pengakap, Jeram Pasu Pasir Puteh Kelantan.Objektif program ini ialah untuk menghayati keindahan alam semesta ciptaan Allah S.W.T. di samping membentuk ketahanan diri agar sentiasa cergas dan cerdas dalam menghadapi suasana kebangkitan Islam yang penuh cabaran.Pengisian program pula banyak menumpukan kepada latihan kemahiran seperti pertolongan cemas, simpulan asas dan sebagainya tanpa mengabaikan slot agama yang di selitkan di dalam kuliah maghrib dan subuh pada Sabtu.Bayaran yang di kenakan ialah sebanyak RM 2.00 sahaja untuk bayaran tapak perkhemahan kerana makanan akan di masak sendiri oleh peserta menggunakan peralatan yang di bawa oleh mereka.Oleh itu, semua ahl KRS di jemput menyertai program ini dan jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi saya (al-hafidz-Pengarah program) di talian :019-9979617.Sekian.Wassalam
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template