Rabu, 18 Jun 2008

Assalamualaikum wrt. wbt.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T., selawat dan salam buat junjungan besar Nabi S.A.W. pembawa risalah, kerana dengan luang masa yang terbatas ini, dapat ana coret beberapa kalimah setelah sekian lama menyepi dari alam maya.

Insya Allah, bermula hari ini, blog ini akan sentiasa di update melalui pengalaman-pengalaman kampus, isu-isu semasa, program-program sekolah, aktiviti-aktiviti kelab dan sebagainya.

Bagi sahabat-sahabat sekalian yang mempunyai perkara yang bermanfaat dan menarik untuk di kongsi bersama, boleh e-mail kepada ana di alamat :krs_sohabah@yahoo.com untuk tujuan iktibar dan pengajaran.

"Siapakah lagi orang yang beruntung kalau bukan orang-orang yang sentiasa mengambil iktibar dan pengajaran di atas setiap perkara yang berlaku"

Sekadar ini sahaja coretan keyboard ana pada petang ini dan ana berdoa agar kalian sentiasa bersama-sama dengan Pencipta kalian dan berdoa sambil berusaha untuk mendaulatkan kembali Islam di atas muka bumi ini.

Sekian wassalam...

"WEHDATUL FIKR WEHDATUL AMAL"

TAKBIR!!!!!!!!!
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template